Ferum(II) hidroksida

Ferum (II) hidroksida atau ferus hidroksida ialah satu sebatian dengan formula Fe(OH)2. Sebatian ini dihasilkan apabila ion ferum (II), daripada sebatian seperti ferum (II) sulfat, bertindak balas dengan ion hidroksida. Ferum (II) hidroksida itu sendiri sebenarnya putih, tetapi bekas oksigen juga memberikan sedikit warna kehijau-hijauan. Sekiranya larutan tidak ternyahoksigen dan ferum berkenaan diturunkan, warna mendakan boleh berubah-ubah bermula daripada hijau hingga perang kemerah-merahan bergantung kandungan ferum (III). Mendakan ini juga dikenali sebagai "karat hijau" di dalam kekisi hablur yang kandungan ferum (III)-nya mudah digantikan oleh ion ferum (III) yang dihasilkan dengan pengoksidaan progresifnya. Dalam kehadiran oksigen warnanya berubah dengan cepat.